Program pembelajaran dewasa

Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran anak-anak. Perkataan itu diambil dari Yunani yaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’.

Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran anak-anak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Knowles (1979) “…setiap orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan menghargai segala bidang kerjaya, kebahagiaan, keluarga, kehidupan dan hubungan komunitinya. ‘Subject-matter’ kadangkala dibawa ke dalam situasi ini dan digunakan dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Fakta dan guru merupakan peranan kedua dalam sesi pembelajaran, guru juga harus menyatakan tentang kepentingan pendidikan formal.’

Lindeman (1972) “Pembelajaran dewasa (andragogi) merupakan teknik baru dalam kaidah pembelajaran. Ia merupakan proses di mana pelajar dewasa sadar bagaimana menilai pengalaman yang diperoleh. Fakta dan informasi serta berbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan tujuan menyelesaikan masalah. Dalam proses ini guru akan menggunakan fungsi-fungsi baru.” Gesner (1956) “Pembelajaran dewasa ialah satu konsep di mana aktivitas yang sengaja diadakan bagi pembangunan orang dewasa. Pembangunan di sini bermaksud peningkatan kesedaran, penambahan pengalaman dan pengetahuan.”

Lyman Biyson, professor serta pelopor dalam bidang pendidikan dewasa, melihat pembangunan ini sebagai tanda penggerak dalam mengubah masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Menurutnya (1936):“Pembelajaran sepanjang hayat adalah ideal sejarah ketamadunan tetapi pendidikan dewasa adalah gerakan sosial yang tersusun dalam kehidupan baru masyarakat Amerika.” Beliau mengatakan, pendidikan seumur hidup adalah warisan dalam sejarah budaya nenek moyang, tetapi pendidikan dewasa adalah pergerakan sosial yang baru dan terancang dalam kehidupan Amerika.

Contohnya Andragogi Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah sendiri atau self-directedness dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. Terdapat beberapa percontohan andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980).

  1. 1. Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar

–       Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah sendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain.

  1. 2. Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman

–       Pengalaman orang dewasa adalah sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik berasaskan pengalaman seperti perbincangan dan penyelesaian masalah.

  1. 3. Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah

–       Orang dewasa sedar keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. Oleh itu, program-program pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar.

  1. 4. Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai

Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Oleh itu, pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian. Kesungguhan orang dewasa menguasai suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: